Support My Blog

Tuesday, June 20, 2017

PENGESAHAN BENIH NENAS MD2

TANAMAN NANAS (Ananas comosus (L.) Merr.) dari famili Bromeliaceae adalah sejenis tanaman tropika yang kini semakin popular di Malaysia dan tanaman nenas ini adalah dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Pada abad ke 16 tanaman nanas mula diperkenalkan oleh Portugis di Tanah Melayu dan seiring dengan perkembangan tanaman getah dimana  ia telah mula ditanam di Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Kerajaan telah berjaya menubuhkan agensi khusus untuk pembangunan industri nana s negara dengan tertubuhnya Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) atau dalam bahasa Inggeris ia dipanggil MPIB (Malaysian Pinepple Industrian Board) yang ditubuhkan pada tahun 1957. Keluasan penanaman nenas negara mencapai 14,700 hektar pada tahun 2016 dengan sebanyak RM 384 juta nilai pengeluarnnya. Pada tahun 2017 LPNM menyembut ulangtahun ke 60 penubuhannya dengan pelbagai acara sambutan. Tanaman nanas sebenarnya terus berkembang dan diusahakan secara komseril melalui sistem perladangan oelh syarikat swasta dan oleh pekebun kecil sama ada di kawasan tanah gambut dan yang terkini tanah mineral. Nanas boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Cayenne, Spanish dan Queen. Jabatan Pertanian Malaysia telah mendaftarkan 9 varieti nanas iaitu Varieti Moris (AC1), Sarawak (AC2), Gandol (AC3), Maspine (AC4), Josapine (AC5), Yankee (AC6), Moris Gajah (AC7), N 36 (AC8) dan MD 2 (AC9). Varieti MD2 adalah antara nanas popular dan mendapat permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan mahupun untuk pasaran antarabangsa. Pada Mei 2017 kerajaan telah pun berjaya menandatangani protokol pengeksportan nenas segar MD2 ke negara China dengan mensasarkan sebanyak RM320 juta nilai eksport sehingga tahun 2020. Bagaimana pun industri nanas negara harus berusaha gigih untuk memenuhi kapasiti eksport nanas segar ke negara tersebut. Artikel pada malam ini saya menulis semula dalam "Anim Agro Technology" mengenai kepentingan pengesahan benih tanaman nenas MD2 untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Penulis merujuk kepada Bulletin SPBT yang diterbitkan pada Ogos 2015 oleh Jabatan Pertanian.


Benih nenas adalah keperluan asas didalam aktiviti penanaman nenas dan merupakan kos yang tertinggi didalam usaha memulakan tanaman nenas. Benih nenas berkualiti daripada varieti premium kini menjadi buruan pekebun nenas terutama jenis nenas MD2. Ini kerana nenas premium MD2 adalah mempunyai kualiti yang manis dan disukai oleh pasaran domestik dan pasaran antarabangsa. Varieti nanas MD 2 mempunyai sejarah asal dimana ia telah menjalani proses biakbaka di Pineapple Research Institute of Hawaii (PRI) sekitar tahun 1980an dan terhasil daripada kacukan induk PRI hybrids 58-1184 dan induk PRI hybrids 59-443. Kajian ini menunjukkan komposisi hybrid ini adalah ‘Smooth Cayenne’ 17, ‘Smooth Guatemala’ 6, ‘Pernambuco’ 4, ‘Ruby’ 4, dan ‘Queen’ 1. Varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan yang cergas dan membolehkannya ditanam dengan kepadatan sehingga 70,000 pokok/ha yang diistilahkan sebagai satu kaedah penanaman nenas berkepadatan tinggi (High Density Planting). Walau bagaimanapun jika nanas ini ditanam di persekitaran dengan suhu pada atau melebihi 25C dimana ia berkepadatan semasa penanaman yang sangat tinggi tidak digalakkan kerana boleh mempengaruhi saiz buah. Pokok nanas MD2 mempunyai daun berwarna hijau dan berduri di hujung. Bagaimana pun keujudan atau tidak ciri duri itu bukanlah satu sifat asas kerana durinya akan keluarjuga apabila pokok nenas MD2 dalam keadaan stress. Lazimnya buah nanas MD2 mempunyai berat antara 1.3kg hingga 2.5kg dimana ia berbentuk silinder. Nenas MD2 juga mempunyai warna kulit hijau tua dengan jumlah mata 120 - 160 dan lebar empulur 1.8 - 2.2 cm. Nenas oremium MD2 ini adalah istimewa kerana ia mempunyai isi yang kuning keemasan serta rasa manis dengan kandungan gula yang tinggi iaitu sekitar 12 - 16% brix serta asid sitrik 0.3 - 0.5 % menjadikan MD2 sesuai dimakan segar apabila ianya cukup masak. Kini permintaan untuk buah nenas MD2 amat tinggi dipasaran tempatan dan antara bangsa terutama nenas MD2 yang ditanam dicuaca panas tropika seperti Malaysia.


Permintaan benih nenas varieti MD2 di Malaysia kini amat tinggi kerana ramai penanam nenas mula berminat untuk menanamnya. Kalau dahulu mereka menanam nenas Morris, nenas sarawak, Nenas N36 atau lain-lain varieti tetapi kini kebanyakannya mula mencari benih nenas MD2. Ini telah menjadikan harga benih nenas MD2 amat mahal dimana ia ditawarkan sekitar RM1.40 - RM1.80 diladang pengeluar benih nenas MD2. Bagaimana pun harga runcit biasanya disebut sebagai RM10.00 untuk 3 sulur benih MD2 untuk mereka yang ingin membeli untuk ditanam sendiri dikeliling rumah. Harga ini mungkin hampir 5 kali ganda atau lebih daripada harga benih nenas moris. Penanam nenas MD2 yang mempunyai stok bekalan benih kini mungkin ianya menjadikan hasil jualan benih nenas MD2 mengatasi hasil penjualan buah MD2 itu sendiri pada masa ini. Pokok nenas yang telah dipetik buahnya akan dicantas atau dipancah bagi memberikan sukur nenas sekitar purata 5 sulur sepokok. Jika penanam tersebut mendapat subsidi benih nenas daripada LPNM difahamkan mereka perlu memulangkna sebanyak 2 sulur benih kepada LPNM untuk diedarkan kepada pekebun lain dalam mengembangkan ladi penanaman nenas premium ini. Sistem pawah ini berjaya meperluaskan penanaman nanas MD2 ini dengan lebih cepat. Bagaimana pun dengan pengenalan benih nenas MD2 kultur tisu masih dalam kajian pihak kerajaan untuk tahap penggunaannya. Ini kerana benih nenas kultur tisu dikhuariri ada masalah SOMAKLONAL dan MUTASI yang akan menjejaskan industri nenas negara. 


Pengeluaran benih klon nanas pelukan sistem pemantuan dan pengesahan benih berkualiti. Sejarah menunjukkan dimana pada tahun 2015 jumlah pengeluaran nanas negara dari kawasan bertanam 10,847 ha adalah sebanyak 272,570 mt dengan nilai pengeluaran RM386,140,884 dan angka tersebut dijangka terus meningkat melalui pembukaan kawasan baru untuk pengeluaran nanas. Peningkatan kawasan penanaman ini memerlukan sumber benih nanas yang banyak untuk menampung keperluan industri. Penanaman nanas pada masa kini menggunakan anak benih yang dibiak secara vegetatif iaitu daripada sulur.  Proses pengeluaran anak benih tulen dan berkualiti dapat dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian standard anak benih yang ditetapkan. Ini penting untuk memastikan sulur yang dikeluarkan oleh mana-mana pengeluar benih nanas adalah tulen dan bebas dari penyakit. Bermula tahun 2012 sehingga Ogos 2016, Jabatan Pertanian berjaya mengujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) telah mengesahkan sebanyak 17,312,621 juta sulur nanas yang digunakan untuk tujuan penanaman. Pengesahan benih sulur nanas MD2 melibatkan dua proses utama iaitu pemeriksaan pokok induk dan juga pemeriksaan anak benih klon. Aktiviti pemeriksaan pokok induk nenas MD2 dijadikan asas dalam skim SPBT ini yang dilakukan oleh padar di Jabatan Pertanian. Pokok induk MD2 mestilah ditanam di dalam plot dan perlu dilabel dengan jelas dan mengandungi maklumat seperti nombor plot, nama varieti, bilangan pokok dan tarikh tanam. Jarak penanaman antara pokok induk yang disyorkan adalah 30cm (dalam baris) X 30cm (antara baris) X 60cm (antara dua baris). Pokok induk hendaklah diselenggara mengikut keperluan agronomi tanaman nanas seperti aktiviti pembajaan, pengairan serta kawalan rumpai dan perosak. Pemeriksaan akan dijalankan semasa di peringkat berbuah dan plot tersebut hendaklah bebas daripada pencemaran pokok takai atau pokok berpenyakit. Plot ini hanya diperakukan sekiranya 100 peratus pokok induk adalah tulen dan sijil pengesahan SPBT akan dikeluarkan untuk membolehkan benih nanas MD2 diedarkan untuk penanaman dilokasi baru. Semuga artikel malam ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technolgy kali ini. Wasallam!!!...
BENIH NENAS... KETULINAN DIPERIKSA....
SKIM SBPT... JABATAN PERTANIAN ADA...
SEBELUM EDAR.....BENIH DIPERIKSA...
MENJAMIN KUALITI... INDUSTRI BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas Gadong Sari dan Ladang Gapi,
Hulu Bernam, Selangor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...