KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, July 2, 2017

KULTIVAR PAPAYA POPULAR DUNIA

BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular dimana ia merupakan antara 10 jenis buah tropika yang popular ditanam dan di makan diseluruh dunia. Di Malaysia betik lazimnya ditanam untuk pasaran domestik dan ekspot. Pengeluaran buah betik dunia adalah sekitar 100,000 metrik tan setahun dengan negara Brazil meupakan pengeluar betik terbanyak didunia diikuti dengan negara Mexico, Indonesia, India, Zaire, Taiwan dan Filipina (Sumber: Laporan FAO Statistic 2011). Malaysia menanam seluas 3,512 hektar tanaman betik dengan jumlah anggaran pegeluaran buah sekitar 52.4 metrik tan pada tahun 2012 (Sumber:Laporan Tahunan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia). Terdapat banyak varieti betik yang dihasilkan melalui program biakbaka (Plant breeding) dan juga program adaptasi teknologi pakej tanaman bentik dengan persekitaran setempat. Dalam saya membaca buku berjudul "Tropical Fruits - Volume 1' karangan Robert E. Paull dan Odilo Duarte yang diterbitkan oleh CABI International 2011, saya menjumpai keterangan mengenai beberapa kultivar popular ditanam di beberapa negara sebagai satu industri penting. Penulis juga merujuk kepada beberapa buah buku lain dan paling banyak membca daripada lamanweb. Terdapat banyak kultivar betik yang ditanam dan dipasarkan untuk mempastikan buah ini terus mendapat permintaan tinggi dan dikelaskan sebagai buah yang berkhasiat. Artikel subuh Rabu Hari Raya ke 4 tahun 2017 ini saya berusaha mempaparkan dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti atau kultivar betik diseluruh dunia mengikut buku tersebut dan lamanweb untuk rujukkan anda.

(1) AUSTRALIA
Negara Australia merupakan sebuah negara yang menanam betik untuk pasaran domestik dan juga pasaran eksport. Negara bahagian utara yang mempunyai cuaca dan iklim sesuai untuk tanaman betik membolehkan mereka menanam beberapa kultivar popular mereka. Betik mereka mempunyai beberapa varieti atau kultivar yang mendapat permintaan tinggi kerana keenakannya. Berikut adalah 4 kultivar paling popular digalaksi ini. Varieti tersebut adalah :

1. Improved Petterson - Isi warna kuning (Dioceous)

2. Guinea Gold - Isi warna kuning (Hermaprodite)
3. SunnyBank/S7 - Isi warna kuning (Dioecious)
4. Richer/Arline - Isi warna kuning (Dioecious).

Bagaimana pun terdapat beberapa kultivar betik lain yang ditanam di Australia iaitu (5) BettinaImproved Petersen PetersenHybrid No 5 (6) Yarwun Yellow (7) Gold Cross (8) Goldy, (9) Hong Kong (10) Golden Surprise. Kultivar ini ditanam mengikut lokasi dan musim tertentu untuk mendapatkan keluasan yang mencukupi.

(2) BENUA AMERIKA
Bagi benua Amerika terdapat beberapa negara mereka yang menanam betik berkurun lamanya. Terdapat 4 kultivar atau varieti yang sering ditanam untuk pasaran domestik dan eksport beberapa negara Amerika Selatan seperti negara Mexico yang luas menanam betik. Penanaman betik secara kecil-kecilan disekeliling rumah bagaimana pun semakin berkurang tetapi kini mereka menanam kearah perladangan (estate approach). Antara beberapa kultivar betik di Mexico yang popular adalah 1. Verde, 2. Gialla, 3. Cera dan juga kultivar dikenali sebagai 4. Chincona.

(3) USA
Di USA penanaman betik dikawasan beriklim panas dengan beberapa kultivar yang popular. Buku rujukkan CABI menyatakan bahawa di USA ada dua kategori betik yang ditanam iaitu kumpulan Betik Florida dan Kumpulan betik Hawai (Sila anda lihat keterangan dibawah). Bagi kumpulan pertama (Kumpulan Florida) iaitu ada 3 kumpulan penjenayah iaitu kumpulan Florida dan Kumpulan Hawai. Kedua-dua lokasi ini amat berbeza dari segei penerimaan pengguna, aumber benih tanaman, pengurusan tanaman dan sebagainya.
1. Florida
a) Cariflora - Isi kuning (Dioecious)
b) Betty - Isi kuning (Dioecious)
c) Homestead - Isi kuning (Dioecious)

2. Hawai - 
a) Kapoho Solo - Isi kuning (Hermaprodite)
b) Sunrise - Isi merah (Hermaprodite)
c) Waimanalo - Isi kuning (Hermaprodite)
d) Rainbow - Isi kuning (Hermaprodite).

(4) VENEZUELA
Terdapat dua kultivar betik yang popular ditanam untuk rakyat Venezuela iaitu bahan dikenali sebagai betik kultivar 
1. Paraguanera - dan juga ke 2 iaitu 
2. Roja - mempunyai jenis isi merah.

(5) CARRIBEAN/BARBADOS
Dinegara ini tiga kultivar yang popular ditanam untuk kegunaan domestik dan eksport adalah 1. Wakefield dan    2. Graeme 5 dan 3. Graeme 7.

(6) CUBA / TRINIDAD / R. DOMINICAN
Manakala di Cuba mereka menanam kultivar yang dikenakli dengan mnama 1. Maradol - dimana betik ini mempunyai isi meah (Hermaprodite). Sementara itu di Trinidad mereka menggunakan kultivar betik iaitu Santa Cruz/ Giant Cedro -
dan di Republik Dominocam dengan kultivar iaitu Cartegena - mempunyai ciri isi kuning (Hermaprodite).

(7) AFRIKA SELATAN
Bagi negara Afrika Selatan mereka juga aktif menanam betik untuk pasaran domestik dan eskport. Bagaimana pun penanaman betik dinegara tersebut adalah mengikut musim kerana faktur cuaca. Mereka menanam 3 kultivar betik yang dikenali dengan nama 1. Hortus Gold - iaitu mempunyai isi kuning (Dioecious), 2. Kaapmuiden - juga mempunyai isi kuning dan juga 3. Honey Gold - mempunyai jenis isi kuning (Dioecious).

(8) ASIA
Bagi negara-negara Asia mereka mempunyai banyak pilihan kultivar betik yang ditanam dan pembiakan juga amat aktif.

INDIA
Bagi negara INDIA dilaporkan mempunyai banyak kultivar betik tetapi yang paling popular dimajukan dinegara tersebut adalah kultivar 1. Coorg Honey Dew - mempunyai isi Kuning (Hermaprodite) dan juga Kultivar 2. Combitor 2 - juga ianya mempunyai isi kuning (Dioecious).

INDONESIA
Bagi negara jiran Indonesia mereka juga mempunyai banyak kultivar tetapi yang popular adalah kultivar betik dikneli dengan nama 1. Semangka - jenis isi merah (Hermaprodite) dan juga 2. Dampit - jenis isi merah (Hermaprodite).

MALAYSIA
Bagi Malaysia tanaman betik merupakan satu komoditi penting untuk pasaran domestik dan eksport. Malaysia telah lama menanam betik untuk pasaran eksport terutama ke Hong Kong dan China sebelum ianya berkurangan akibat serangan penyakit PSRV dan Penyakit Papaya Dieback. Bagaimana pun perkara ini dapat diatasi dan Malaysia masih mengekal dua varieti betik popular ditanam iaitu Betik 1. Betik SEKAKI atau Betik Hong Kong dan juga masih menanam 2. Eksotika - mempunyai isi warna merah (Hermaprodite). Betik Eksotika yang dihasilkan oleh penyelidik tempatan merupakan jenis yang popular untuk dikomersilkan (Sila lihat foto penulis disebelah). Bagaimana pun penelitian penulis mendapati terkini 75-80% betik yang ditanam terdiri daripada Betik Sekaki.

FILIPINA
Di negara Filipina mereka juga menanam betik untuk kegunaan pasaran domestik dan eksport. Filipina pernah bersaing dengan Malaysia dalam pasaran eksport betik ke Hong Kong (China) semasa berlaku serangan penyakit dinegara ini. Bagaimana pun dilaporkan pengimport masih suka dengan betik dari Malaysia kerana kualiti dan keenakannya. Di Filipina mereka menanam kultivar betik dikenali dengan nama 1. Sinta iaitu mempunyai isi merah (Hermaprodite).

TAIWAN
Taiwan juga menanam betik walau pun mereka adalah negara 4 musim. Jenis betik Solo merupakan kultivar yang popular dinegara tersebut tetapi terkini mereka luas mempromosikan kultivar betik dikenali sebagai Betik jenis    
1. Tainung N0 5 - mempunyai ciri isi merah (Hermaprodite).

THAILAND
Dinegara jiran Thailand merupakan negara yang digelar sebagai 'Kitchen of the world' menanam banyak jenis betik untuk pasaran domestik dan eksport. Tanaman betik mereka tertumpu dikawasan tengah dan selatan negara tersebut dengan dua kultivaar popular iaitu Kultivar 1. Sai-nampuing - yang mempunyai isi merah (Hermaprodite) dan juga kultivar iaitu 2. Khaek Dam - Isi merah (Hermaprodite).
Semuga tulisan ini memberi sedikit info untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

Betik 'SEKAKI' dari Malaysia dipasarkan.
KULTIVAR BETIK... BANYAKNYA...
IKUT NEGARA..SESUAI ASALNYA...
ISI KUNING...MERAH PUN ADA...
BANYAK KHASIAT... SIHATKAN MINDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kuarters Kerajaan, Precint 11,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia
(23 Rejab 1434H)
Ditulis dan kemaskini semula pada 29 Jun 2017.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...