Support My Blog

Tuesday, July 11, 2017

KULTUR TISU - BENIH TANAMAN BAIK

KULTUR TISU (Tissue culture) merupakan satu kaedah moden pembiakan anak benih beberapa jenis tanaman terpilih yang kini dianggap dapat menyelesaikan kekurangan benih dan meningkatkan kualiti benih tanaman. Antara jenis tanaman yang kini sangat popular menggunakan benih kultur tisu adalah seperti pokok pisang, orkid dan beberapa jenis yang lain. Teknik moden pembiakan tanaman secara tisu kultur dilihat mampu menjana pembiakan berganda dan sekali gus menyelesaikan masalah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman seperti pisang secara skala besar dankomersial. Kalau selama ini ada petani sering menghadapi masaalah bagaimana untuk mendapatkan anakbenih dalam jumlah yang besar di samping mampu untuk mengeluarkan hasil berkualiti dan tahan serangan penyakit, kini dengan adanya teknologi baru ini masalah itu dapat diatasi. Terdapat beratus syarikat dan institusi yang kini mengusahakan makmal untuk mengeluarkan benih tanaman menggunakan teknologi kultur tisu. Antara jenis tanaman yang penulis blog lihat amat popular adalah pengeluaran benih pisang kultur tisu daripada pelbagai jenis varieti. Varieti pisang berangan antara yang paling banyak dihasilkan dan dijual kepada ramai petani. Jenis pisang lain yang mendapat permintaan tinggi seperti Pisang Rastali dan Pisang Nipah serta Pisang Tanduk atau Pisang Lang. Harga benih pisang kultur tisu adalah berpatutan dengan saiz benih pokok dalam polibeg yang telah melalui proses pengerasan (Hardening) dan ia mampu mendapatkan anakbenih yang seragam, ada jaminan ketulinan varieti dan juga bebas daripada  penyakit. Bagaimana pun tidak semua tanaman sesuai dibiakkan dengan cara kulutr tisu kerana masaalah mutasi (mutation) dan masaalah Somaklonal (somaclonal). Ini kerana jika teknik pengeluaran tidak menepati SOP yang ditentukan maka kejadian ini akan menjejaskan kualiti benih tersebut. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah kultur tisu mengatasi masaalah kekurangan benih tanaman.

Antara beberapa kelebihan kaedah tisu kultur dalam menghasilkan benih cara ini adalah dimana ia mampu menghasilkan bahan tanaman dalam jumlah yang banyak, cepat, bermutu tinggi, sihat, bebas dari sebarang penyakit dan benih yang seragam. Kaedah ini juga dapat menjamin untuk membekalkan anak benih berkualiti didalam jumlah yang besar. Terdapat juga beberapa jenis atau spesies tanaman herba yang sukar dibiakan dengan kaedah biasa tetapi boleh dibiakkan melalui cara in-vitro. Hasilnya adalah dimana kaedah ini didapati kurang variasi didalam kandungan 'secondary metabolites' berbanding pembiakan biasa. Teknologi ini juga sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus. Bahan tanaman yang terhasil selalunya bebas dari sebarang patogen merbahaya serta boleh disimpan di dalam keadaan in-vitro dimana ini membolehkan pertukaran sumber genetik organisme yang selamat di antara negara. Asas kepada teknik pengeluaran yang canggih memerlukan bahan dan peralatan serta kelengkapan menyediakan benih kulutr tisu. Pada asasnya ia adalah sama tetapi memerlukan tenaga kepakaran dan kelengkapan sempurna. Ia boleh dibuat didalam satu kawasan kecil tetapi mematuhi kepada keperluan asas sebuah makmal kultur tisu. Bahan asas untuk dikulturkan mesti telah disahkan ketulinan varieti dan daripada sumber yang telah dikenalpasti.

Proses tisu kultur yang pertama ialah mengenal pasti pokok induk dimana ia kemudian ditandakan. Aktiviti seterusnya adalah untuk mengambil tisu pada bahagian tertentu khususnya 'active meristem tissue' pokok induk tersebut. Apa yang penting adalah proses ini perlu melalui proses nyah kuman bagi tujuan untuk memastikan ia benar-benar bersih untuk diklonkan. Daripada satu tisu pokok induk itu selalunya perlu dibawa kemakmal dimana ia akan menghasilkan lebih kurang beratus malahan beribu-ribu pokok anak benih yang sama dengan pokok induk. Asas penting dalam pemilihan pokok induk untuk dibiakkan paling diutamakan. Kemudian keratan tisu tadi dimasukkan ke dalam medium seperti agar-agar yang mempunyai nutrien dan hormon tertentu bagi tujuan untuk memastikan ia mampu membiak dengan lebih banyak. Daripada medium berkenaan maka keratan tadi akan membiak dan menghasilkan lebih banyak pucuk pokok sebelum dikerat dan dipindahkan ke dalam medium pengakaran bagi mengeluarkan akar daripada setiap pucuk terbabit. Apabila setiap pokok itu sudah mengeluarkan akar, ia akan dipindahkan ke pasu kecil yang ditempatkan di dalam kawasan kecil dengan suhu yang sama seperti di makmal tisu-kultur iaitu sekitar 25 darjah Celsius bagi memastikan ia tidak menerima kejutan apabila beralih ke tanah. Pokok yang telah kuat kemudian akan dipindahkan ke ladang dan proses ini biasanya mengambil masa empat hingga enam bulan. Teknik moden pembiakan anak benih pokok pisang secara tisu kultur dilihat mampu menjana pembiakan berganda dan sekali gus menyelesaikan masalah kepada petani yang ingin mengusahakan tanaman pisang secara skala besar dan komersial. Kalau selama ini peladang sering dihantui bagaimana untuk mendapatkan anak benih dalam jumlah yang besar dada syarikat atau pembekal kin yang mampu mengeluarkan hasil berkualiti dan tahan serangan penyakit kini dengan adanya teknologi baru ini masalah itu dijangka dapat diatasi.

Kelebihan kaedah tisu kultur diantara adalah tahap penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar. Terdapat beberapa varieti tanaman termasuk tanaman herba yang dibiakkan secara in-vitro didapati kurang variasi di dalam kandungan secondary metabolites berbanding pembiakan biasa. Teknik ini juga amat sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus. Hasil benih tanaman atau anakbenih adalah bebas patogen serta sesuai disimpan di dalam keadaan in-vitro membolehkan pertukaran sumber genetik organisme yang selamat di antara negara. Kini ada beberapa isu mengenai benih kumtur tisu nenas yang masih tidak digalakkan untuk ditanam kerana beberapa masaalah seperti somaklonal. Pengeluaran benih nenas kultur tisu sama dengan tanaman lain dimana ia mampu mengeluarkan dengan jumlah yang banyak. Bagaimana pun penanaman secara komersil benih kultur tisu nenas masih tidak disyorkan kerana ada pemerhatian dijalankan dimana kejadian kes somaklonal kadang-kadang mencecah lebih 30%. Jabatan Pertanian masih membuat pemerhatian benih nenas kultur tisu terutama untuk jenis Nenas MD2 atau no daftar varieti sebagai AC9 kerana ia boleh menjejaskan industri eksport nenas MD2 jika benih kultur tisu menghasilkan buah yang tidak menepati kehendak sebenar pasaran eksport. Ada beberapa negara yang telah menanam nenas MD2 dengan benih kuktur tisu seperti di Costa Rica, Filipina, Hawai dan Brazil tetapi tidak dijalankan dibanyak negara lain. semuga tulisan ini memberikan info kepada adna. Wasallam!!!...
KULTUR TISU...CARA BENIH DISEDIA... 
DALAM MAKMAL.... GUNAKAN MEDIA....
POKOK INDUK... PERLU AWAL DITANDA...
BENIH BERKUALITI... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik Manja 2, Hotel M-Suite,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...