Support My Blog

Tuesday, August 15, 2017

TUT BETIK - TEKNOLOGI BARU

TANAMAN BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia untuk kegunaan domestik dan pasaran eksport.  Terdapat beberapa varieti betik yang popular ditanam di Malaysia seperti Betik Sekaki, Betik Eksotika, Betik Subang, Betik Solo dan beberapa varieti lagi. Bagaimana pun pemerhatian yang penulis blog lakukan mendapati sekitar 75% varieti betik yang ditanam di Malaysia terdiri daripada Betik Sekaki. Betik Sekaki merupakn sejenis betik yang mendapat pasaran baik dan merupakan varieti yang menguntungkan jika berjaya menghasilkan buah berkualiti. Anda boleh baca tulisan saya mengenai Betik Sekaki dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pada tahun 2015 seluas 3,450 hektar tanaman betik diusahakan di Malaysia terutama dari beberapa negeri seperti Johor, Perak dan Pahang. Masaalah serangan penyakit Papaya Dieback dan Papaya Ringspot Virus (PRSV) telah dapat dikawal serangannya semenjak beberpa tahun kebelakangan ini setelah ia telah hampir memusnahkan industri betik negara dengan teruk. Petani yang lazimnya menanam betik dahulu telah menukar tanaman mereka kepada tanaman lain yang kurang risiko dari segi serangan penyakit. Teknik penanaman betik yang lama memerlukan banyak biji benih dimana setiap lubang penanaman ditanam 2-4 biji untuk dipilih hanya sepokok yang hermprodite sahaja dibiarkan tumboh menghasilkan buah setiap point tanaman. Teknik penanaman betik konvensional ini memerlukan masa lama dan kos tinggi dan kemahiran khusus bagi mempastikan hanya pokok betik hermaprodite saha yang dituai dan pokok betik jantan atau pokok betik betina dibuang. Kini satu teknologi lebih baik telah diperkenal dan diamalkan oleh beberapa petani yang menanam betik iaitu dengan hanya mengetut pokok betik hermaprodite dimana ia didapati praktikal dan lebih sesuai dijalankan oleh petani yang berpengalaman. Penulis dalam beberapa kali membuat pemerhatian dan pemantauan juga mendapati teknik ini boleh dilakukan oleh petani lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah mengetut pokok betik untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Keedah Mengetut Betik adalah teknik popular yang diamalkan di Thailand dan Indonesia tetapi masih agak kurang di Malaysia dimana ia mungkin disebabkan kekurangan informasi dan kefahaman oleh petani sendiri.  Ini kerana kaedah konvensional dengan menanam biji benih lebih menjadi kesukaan penanam betik secara turun temurun. Kebaikan kaedah mengetut betik mempunyai kebaikan seperti jaminan untuk dapatkan pokok betik hermaprodite tulin 100% yang berkualiti dan berhasil tinggi adalah dijamin. Pokok ini juga rendah sudah berbuah dan cepat berhasil selain menjadikan pokok diladang seakan seragam. Teknik ini juga dapat mengurangkan kos pembelian benih betik dan upah untuk kerja-kerja membuang dan mengantikan pokok betik jantan dan pokok betik betina. Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan kaedah ini seperti kersukaran untuk petani bagi mendapatkan sumber tunas betik hermaprodite diladang dengan kuantiti yang banyak dan peratus kejayaan mengetut yang tidak menentu. Apa pun faktur paling utama adalah tahap kemahiran petani yang menjalankan kerja mengetut pokok betik hermaprodite ini dan juga faktur persekitaran. Dari beberapa tinjauan penulis dapati peratus kejayaan mengetut betik dengan kaedah ini diantara 65 - 75% bagi mereka yang berpengalaman (Sila lihat foto disebelah)


Walau pun kerja ini nampak mudah tetapi kemahiran dan juga ilmu mengenai  kerja mengetut ini amat mustahak dalam mementukan peratus kejayaan. Cuaca terlalu panas dan kering atau kerlalu lembab dan hujan berpanjangan juga amat mempengaruhi kejayaan mengetut ini. Pemilihan pokok induk yang betul dan bahan yang digunakan juga amat penting diketahui oleh mereka yang ingin menjalankan aktiviti mengetut batang betik ini. Teknik ini memerlukan beberapa teknik yang betul daripada menyediakan bahan atau media. Sebaiknya jenis media yang paling sesuai digunakan adalah dari jenis Cocoapeat ditapis atau hanya habuk cocopeat yang halus sahaja digunakan sebagai media. Selain itu jenis hormon Pengakaran ditabur dengan kadar 1 sudu untuk 1 kg kilogram cocoapeat yang digunakan. Kemudian bahan media dimasukkan ke dalam plastik lutsinar bersaiz 6” x 9” @ 5’ x 8’ dimana kemudian ia perlu diikat dengan getah. Bahan pembungkus plastik media ditebuk dan kemudian ia perlu direndam di dalam larutan air yg telah dilarutkan dengan Hormon Pengakaran pada kadar 1 sudu teh untuk seliter air selama 5 minit. Balut bahagian batang betik dengan betul dan ikat dengan kuat sehingga ia akan menghasilkan akar selepasa beberap minggu. Potong benih tut tersebut dengan pisau sebelum dialihkan kedalam polibeg. Anakbenih yang siap besar dalam polibeg boleh terus ditanam diladang. Semuga anda mendapat kaedah menyediakan media tanaman untuk mengetut tanaman betik. Wasallam!!!..
MENGETUT BETIK... KAEDAH TERKINI...
CEPATKAN MASA...MEMANG KENA BERANI...
BAHAN MEDIA TANAMAN....COCOPEAT GUNI...
SUDAH MENCUBA... PASTINYA PUAS HATI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 211, Hotel Bestari, 
Kuala Lipis, Pahang, 
Malaysia.
(5 RabiulAwal 1438H).
Posted from MyAnkasa Academy and Hotel,
Langkawi, Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...