Support My Blog

Wednesday, October 11, 2017

ALAT MUSNAH RUMPUT (AMR) - SATU INOVASI

ALAT MUSAH RUMPUT (AMR) diladang nanas (Ananas comosus) telah direkacipta oleh beberapa pengusaha nanas di Melaka yang mana penulis blog ingin melihatnya dan kini telah menjumpainya. Masaalah rumpai adalah salah satu masaalah untma didalam amalan agronomi bagi kawasan ladang nanas di Malaysia sama ada dikawasan tanah gambut apalagi dikawasan tanah mineral. Kehadiran rumput didalam ladang nanas mempu mengurangkan hasil nanas sekitar 25 - 30% jika tidak dikawal dengan baik malahan ia juga menjadi penyebab kepada serangan perosak dan penyakit kepada tanaman nanas. Beberapa pemerhatian dan tinjauan ladang yang dilakukan penulis mendapati kehadiran rumput yang tebal dan hujan berterusan menyebabkan akan berlakunya serangan Penyakit Reput Perdu (Bacterial Heart Rot - BHR) terutama pada tanaman nanas varieti MD2. Antara punca serangan adalah oleh bakteria dikenali dengan nama Dikeya spp yang menyebabkan bahagian hati atau perdu pokok busuk dan akhirnya pokok nanas akan mati. Ia cepat merebak dalam kawasan tanaman nanas melalui air, alatan yang digunakan ataupun cara lain. Telah disahkan oleh pakar dimana serangan BHR ini mampu merosakkan pokok nanas pada semua peringkat daripada yang baru ditanam sehingga telah berbuah. Pakar juga menyatakan dimana kehadiran rumpai terutama yang sukar dibunuh dengan racun rumpai juga salah satu punca serangan oleh patogen ini. Penulis blog semasa melawat banyak kawasan tanaman nanas ada menerima aduan terdapat rumpai yang tidak mati setelah disembur racun rumpai. Ia jenis rumput 'degil' yang selalunya mempunyai akar dalam atau pun ada biji benih yang cepat membiak.  Artikel petani nini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai inovasi salah satu daripada alat mengawal rumput yang degil tersebut untuk rujukkan anda.


Lazimnya rumput yang degil dikebun nanas ada dua kategori. Kategori pertama jenis yang ada batang besar dan tumbuh menegak seperti Bayam Liar (Amarantah spp). Pokok ini cepat tumbuh dah tidak mati walau pun disembur racun jenis Gesapax, Tebunas atau pun Ameterex45. Bahan aktif sama ada Amethrin atau pin Diuron kurang berkesan membunuh rumput jenis ini. Jenis rumput kedua adalah yang mempunyai banyak biji dan akar dalam serta cepat tumbuh semula. Walau pun rumput lain telah mati jenis rumpai degil ini cepat hijau semula. Inovasi yang ditemui ini hanya menggunakan pisau toreh getah jenis tarik yang telah rosak atau patah pada matanya (Sila lihat foto disebelah). Pisau Toreh jenis ini yang baru dijual sekitar RM40 - RM45 satu unit dikedai pertanian. Ia adalah diperbuat daripada logam berkualiti yang tajam digunakan untuk menoreh getah. Pisau ini dibengkokkan dibahagian hujung matanya sehingga membentuk separuh bulatan seperti sabit dan ditajamkan dibahagian depan dan belakangnya. Perkara ini boleh dilakukan dikedai besai atau dengan tukul dibuat sendiri dan yang penting ia diasah dengan batu asah sehingga taja. Pisau yang beratnyanya sekitar 250-300 gram ini amat tahan dan tidak mudaah bengkok. Ia kemudian disambung dengan batang kayu yang kuat sepanjang 1.5 - 1.8 meter pada pangkal pisau tersebut dengan kukuh.


Inovasi alat AMR ini sebenarnya mudah untuk dibuat sendiri oleh penanam nanas. Cari pisau toreh yang tidak terpakai (mungkin pisau ini hanya percuma sahaja daripada penoreh getah yang hendak membuangnya) dan dibentukan seperti sabit. Ia kemudian dipasang dengan pemegang atau galah kayu yang kukuh (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya rumput yang tidak mati selepas diracun mudah dilihat jika ia tinggi dan berwarna hijau lagi. Pada kawasan nanas tanah gambut mungkin agak mudah membuang rumpai ini jika tidak banyak dengan mencabut guna tangan sahaja kerana akarnya mudah dicabut. Bagaimana pun sumput jenis ini agak sukar dicabut secara manual dengan tangan kerana tanahnya keras dan akar yang kuat. Konsep AMR ini adalah untuk memotong bahagian pangkal rumpai atau perdunya agar terputus dan kemudian mati. Walau pun kerja ini agak kurang praktikal kepada sesetegah penanam nanas tetapi ianya sangat berkesan dalam mengawal rumpai darii jenis seperti bayam lisar dan jenis lain yang serupa.


Penulis yang buat ujicuba dengan alat AMR ini hanya perlukan masa kurang 5 saat untuk memotong pokok bayam liar dikebun nanas (Sila lihat foto disebelah). Halakan mata pisau toreh tersebut keperdu pokok dan tusukkan atau tarik untuk memutuskan perdunya. Ia juga boleh di pusingkan bagi jenus rumpai yang melilit atau jenis lembut dan kemudian diangkat atau cabut. Rumpai yang dipotong ini boleh dikumpulkan disatu lokasi agar bijinya yang matang tidah membiak dikawasan sama. Lazimnya rumput yang degil dan tidak mati ini adalah berada disatu lokasi atau kawasan khusus sahaja dikebun nanas. Penggunaan AMR ini peru untuk melalui barisan tanaman nanas dan melakukannya dengan tidak perlu membongkok untuk mencabut atau memotong dengan parang. Kerja mudah dilakukan dengan berdiri sahaja. Kalau membongkok mungkin akan kena duri nanas yang tajam. Kayu galah panjang ini mengelakkan dari kena duri pada daun nanas. Alat AMR ini mungkin hanya digunakan oleh pekebun atau pekerja upahan yang mahir dan mahu menggunakannya seperti di kebun En Lim dan Waak Sariman. Penulis bagaimana pun mendapati ia adalah salah satu inovasi oleh petani yang kos efektif. Semuga tulisan petani ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...


ALAT AMR..SATU INOVASI SAHAJA...
PISAU TOREH GETAH...ASALNYA...
DIBUAT SABIT...TAJAM MATANYA...
BERKESAN DIA....MUDAH DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 731,Hotel Mariot, 
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(3 Muharam 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...