Support My Blog

Friday, February 2, 2018

ULAM TEPUS - ULAM YANG ENAK!

PUCUK TEPUS (Etlingera coccinea) atau TUHAU atau UPAK KECHALAK adalah sejenis ulam yang unik dan jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia tetapi mudah dibeli di Pasar Satok, Kuching, Sarawak. Kali pertama makan pucuk tepus ini semasa hadir mesyuarat di Bangunan Baitulmal Sarawak iaitu di ibupejabat MANRED. Ia dimakan bersama nasi putih dengan sanbal belacan. Terdapat rasa sedikit pedas dan aroma yang enak ketika mengigitnya dimulut. Kali pertama mengigit ada rasa semacam tetapi rupa-rupanya ia memang enak kemudiannya. Apabila bertanya kepada rakan dari Sarawak mereka kata ulam ini dipanggil sebagai Kechalak dikalangan orang Iban. Bagaimana pun saya terus dapatkan info mengenai ulam ini yang kurang popular di Semenanjung Malaysia. Ulam ini dijual dengan harga RM2.00 satu ikat untuk 5 batang di Pasar Satok, Kuching. Ulaman Upak Kechalak pula penulis blog jumpa dijual oleh 3 orang sahaja di Pasar Satok (Sila lihat foto disebelah). UMBUT TEPUS (Etlingera coccinea) merupakan sejenis ulaman beraroma daripada keluarga Zingiberaceae yang popular di Sabah dan juga di Sarawak tetapi kurang popular di Semenanjung Malaysia. Sila baca tulisan saya dalam blog ini (Sila klik Disini). Hanya orang utara yang pandai memakan umbut tepus ini terutama di Negeri Kedah dan Utara Perak sahaja. Penulis blog yang baru-baru ini berkunjung ke Kuching dan Kota Kinabalu amat suka makan ulam Tuhau atau Upak Kechalak di Kuching. Ulam yang mempunyai aroma ini mempunyai rasa masam dan seakan halia kerana ia adalah daripada keluarga yang sama. Pada ramai orang kini mungkin ramai tidak kenal akan ulam ini dan ramai yang merasakan nama 'Tuhau' cukup asing dan aneh bagi mereka yang tidak mengenali tumbuhan ini. Ulam Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang penulis blog boleh dikategorikan sebagai ulam yang tumbuh meliar di hutan hujan di kawasan Kepulauan Borneo. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai sejenis ulam yang perlu dibaca untuk tambah ilmu kita semua dari blog ini.

Upak Kechalak dijual dengan harga RM2.00 untuk 5 batang sama ada yang siap dikupas mahupun yang belum dikupas. Ia memberikan rasa enak dan sedikit pedas ketika dimakan bersama nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Ada juga dikalangan peminat pucuk tepus ini yang menanam sendiri pokok tepus didalam pasu atau disekeliling kawasan rumahnya. Menanam pokok tepus mudah sahaja iaitu dengan cara mendapatkan rizom dari pokok lain dan ditanam dalam pasu yang mengandungi tanah atau cocopeat. Pastikan rizom tersebut mempunyai matatunas dan selalu dijaga siraman dan pembajaannya. Sama keluarga dengan pokok halia dari keluarga Zingiberaceae, tanaman ini akan mula berkembang dengan mengeluarkan anaknya yang kemudian boleh dituai. Perdu pokok tepus ini dicabut sebagagian atau semuanya dan dibuang bahagian kulit luar yang berwarna hijau (ada dipangkal perdu putih kemerahan) dan ambil umbutnya yang berwarna putih. Kemudian ia dibasuh bersih sebelum dimakan dengan nasi sebagai ulam. Umbut Tepus ini tahan lama jika disimpan ditempat yang sejuk.

Pokok tepus mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan boleh dibezakan dengan pokok-pokok atau ulam-ulaman yang lain. Ini kerana pokok upak kechalak ini selalu mempunyai bau yang kuat seperti sejenis serangga (kesing) atau sama seperti bau ketumbar Jawa (cilantro). Ada juga yang juga mengatakan tuhau berbau seperti 'posisang' (sejenis serangga seperti kesing) menyebabkan ada sesetengah yang tidak memakan tuhau kerana alasan dari bau unik ini. Pokok tuhau yang telah matang sering mempunyai bunga yang berwarna merah terang atau warna merah jambu (pink colour) sama seperti warna bunga kantan. Ia juga selalunya mudah untuk dibiakkan dengan cara pembuiakkan mmenggunakan pecahan rizom atau biji benih. Ia mudah tumbuh secara meliar di kawasan hutan yang ada tanah subur dengan sedikit naungan (Sila lihat foto disebelah). Cara proses umbut dengan potong batang dari perdu dan dibuang kulitnya untuk menndapatkan umbutnya yang selalu akan berwarna putih atau kekuningan pudar atau kemerah-merahan atau merah jambu. Ia mudah diproses dengan cara gunakan pisau. Masyarakat kini memang lebih suka dengan makanan tradisional termasuk jenis ulam-ulaman yang organik.

Bagi suku Kadazan dan Dusun, jeruk tuhau atau tepus ini juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sabah. Baru sahaja hidu bau jeruk ini, ia sudah pasti 'membuka selera'. Rasanya pedas masam dan pasti akan terkenyit mata kerana rasa masam yang ada padanya. Ia juga sedap dimakan dengan nasi panas bersama ikan bakar atau ikan goreng mahupun ikan masin. Namun, mungkin ada yang tidak berapa gemar dengan baunya yang tidak begitu menyenangkan. Dari hanya makanan tradisional kampung, kini siapa sangka tuhau telah dipelbagaikan dan diinovasi mengikut cita rasa semasa. Pemilik produk inovasi tuhau, Wasinah Kuntagil, yang juga bekas guru sekolah agama tampil membawa kelainan kepada produk itu selepas berhadapan dengan keluhan rakan-rakan kampung yang sukar membawa makanan itu menaiki kapal terbang. "Pada 2008, saya cuba mencari penyelesaian kepada masalah itu dengan cuba untuk mengeringkan dan siapa sangka usaha itu akhirnya berjaya. "Pada mulanya, produk kami hanya dijual di sekitar kampung," katanya yang menetap di Kampung Marakau, Ranau. Menurutnya, produk keluarannya kini boleh didapati dalam lima jenis iaitu jeruk, sambal, belacan, serunding dan popia," katanya. Wasinah berkata, selain rasanya yang sedap, tuhau juga dipercayai mempunyai khasiat kesihatan tetapi usaha merekodkan kandungan nutrisi produk tersebut masih belum disiapkan sepenuhnya. Menurutnya, beberapa penyelidik telah memaklumkan kepadanya bahawa tuhau mempunyai khasiat daripada segi kesihatan. "Ia dipercayai mempunyai anti kanser dan buang angin," katanya yang juga dalam proses untuk membukukan khasiat tuhau. Selepas hampir lima tahun berkecimpung dalam perniagaan, usaha Wasinah dalam mengkomersilkan produk berasaskan herba daripada pokok tuhau itu akhirnya dicapai apabila Wasinah telah dua tahun terpilih mewakili Malaysia. Semuga mereka yang belum mencuba makan ulam tepus dapat mencari dan menikmati keenakannya. Wasallam...
ULAM TEPUS....IA UNIK RASANYA...
ULAM TRADISIONAL..JENIS HERBA...
DIMAKAN SEGAR...ADA GUNANYA...
MEMANG ENAK... ITU PENULIS RASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hilton Hotel Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(19 RabiulAkhir 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...